"Saya sayang dia, kak. Kenapa dia buat saya macam ni. Saya dah agak dah. Dia memang dah lama bencikan saya. Apa salah saya, kak?"
Adu maria kepada kak leha , jiran rumahnya. Kak leha hanya mendiamkan diri dan simpati. Dia tahu ada sebab Firas memperlakukan isterinya, maria begini. Lelaki itu bukan calang calang lelaki. Dia yang memperkenalkan maria kepada Firas. Kerana satu, kerana dia yakin Firas mampu menjaga makan pakai isterinya. Selama mereka mendirikan rumah tangga, tiada satu pun masalah timbul dalam keluarga mereka. Kak leha bukan mempertahankan tindakan Firas yang secara tiba tiba itu. Cuma kak leha yakin pasti ada sesuatu berlaku kepada hati Firas. Firas itu baik orangnya. Dengan sikapnya yang pemurah dan ditambah dengan pegangan agama yang dibawa Firas pasti dapat mencairkan hati setiap wanita solehah. Jika dipandangnya wajah Firas, hati yang cair tadi sudah pun disejat ke udara dek kerana ketampanannya. Hek hek.
Pada malam keesokannya Maria sedang menonton drama melayu di ruang tamu. Pulang sudah Firas daripada pejabat dengan membawa briefcasenya. Selalunya setiap kali Firas pulang sahaja daripada pejabat isterinya pasti menyambut kepulangannya dengan wajah ceria. Tetapi tadi isterinya bagai tidak sedar akan kepulangannya. Umpama sengaja. Dia tahu puncanya, jadi dia kecewa. Dia mengeluh sendiri sambil melihat isterinya yang khusyuk menonton tv.
"Mar, abang balik ni"
Leher si isteri dirangkul dari arah belakang. Maria hanya menjeling suaminya.
"Ish. Lepaslah"
Bertambah robek hati sang suami ditengking sebegitu. Dia tahu Maria kecewa dengan permintaannya kelmarin. Ada pula dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lain. Isteri mana yang tak kecil hati. Dia bukan ingin berkahwin kerana nafsu. Cuma kerana dia tahu Arina layak untuknya. Lagipun wajah Arina sudah jelas terpapar dalam mimpinya setelah melakukan solat istikharah pada malam itu. kenapa mahu cemburu? Ye dia tahu. Dia suami Maria. Tetapi kerana hatinya betul betul yakin Arina juga jodohnya. Sama seperti Maria. Arina berhak bersuamikan Firas. Daripada dia dan Arina terdedah dengan fitnah di pejabat, baik sahaja dia memperisterikan Arina, pembantu peribadinya. Nak kata perbelanjaan, makan pakai dia dan Maria tak pernah tak mewah. Alhamdulillah murah rezekinya. Arina pula cantik orangnya. Solehah lagi. Ramai orang melamar Arina. Tetapi satu pun dia tak terima. Tanyalah macam mana, pasti "belum bersedia" juga menjadi jawapan kepada persoalan.
Malam itu firas berfikir. Macam mana hubungan dia dengan Maria setelah meminta izin untuk berpoligami. Dingin betul Maria mendengar hasratnya. Maria fikir Firas gatal. Maria kata suaminya miang. Sakit hatinya bila lapan bulan pernikahan buat suaminya ingin berkahwin lagi. Apa dia tak sempurna? Apa Maria tak cantik dan tak baik di hati Firas?
Dengan mata yang redup dan pandangan yang sayu. Ditambah secukup rasa dengan perkataan yang mendayu Firas berkata
"Allah arahkan saya untuk madukan awak, Mar"
Maria yang mendengar tersenyum sinis. Mana logik jawapan suaminya itu. Pulak Tuhan mangarahkan si suami menyakitkan hati sang isteri? Tergelak besar isterinya di dalam hati.
'Kau dah berkenan dengan Arina tu cakap jelah'
Maria dah tak tahan. Dia berlalu keluar rumah dan menenangkan fikiran di pantai berdekatan. Dia sedih betul. Kecewa dan tangisnya itu sudah tak berlagu. Punyalah dia yakin suaminya cintakan dia sehingga hujung nyawa. Tetapi apa yang terjadi ini jauh meleset daripada firasatnya selama ini. Macam macam Maria fikirkan di pantai itu. Sehingga wujud seketul rasa benci dalam hatinya kepada Firas. Entah kemana imannya pada waktu itu dia juga tak pernah ambil kesah. Mungkin hatinya sudah gelap.
Beminggu juga Maria dan Firas tak bertegur. Mengalir sudah dosa Maria kerana tidak menjaga makan pakai suaminya. Hanya kerana ego dan cemburu, Maria sanggup meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Firas pula tak tahu nak buat apa. Bukan dia tak memujuk isterinya. Tetapi sudah 101 cara dia guna untuk membaiki hubungan dengan si isteri. Tetap juga Maria kecewa dengan tindakan Firas. Maria berkeras hati ingin membenarkan suaminya berpoligami. Perkara itu takkan pernah berlaku.
Satu hari setelah lama berangin dengan sang suami, Maria mengadu kesah dengan kak leha untuk kedua kali. Setelah kali pertama mengadu dengan kak Leha tak dapat buat hatinya tenteram. Biasalah, perempuan. Mesti nak berkongsi rasa pada yang memahami. Tapi Maria langsung tak ingat kepada Yang Paling Memahami. Menangis nangis Maria ceritakan kes terbaru yang berlaku antara dia dengan Firas. Sayang benar dia kepada suaminya sehingga tidak sanggup diduakan. Kak Leha tahu kisah sebenar. Kak leha ambil keputusan untuk menolong Firas memperbaiki hubungan. Hati Maria sudah keras dengan panahan syaitan. Dan kata kata yang kak Leha beri berjaya melembutkan hati Maria untuk memaafkan suaminya. Kak Leha lemah lembut orangnya. Tetapi sangat tegas dalam mendidik. Lagi ketara ketegasannya bila kak Leha menasihati Maria tentang hal rumah tangga. Maria bertambah sedih bila teringat perbualannya dengan kak Leha waktu itu.
"Kamu sayangkan Firas?" Tanya kak Leha menguji.
"Sayang lah kak. Kalau tak sayang, dah lama saya mintak cerai. Sebab dia nak duakan saya"
"Macam tu lah Firas sayang kamu. Kalau dia tak sayang dah lama dia ceraikan kamu"
Terdiam Maria menahan sendu.
Kak Leha sambung
"Kamu lihat ea? Sepanjang dia bersama kamu, ada dia tak ambil berat tentang makan pakai kamu? Ada dia tak hiraukan apatah lagi kasihkan kamu? Malah dia menjadi imam yang sempurna untuk kamu. Ada kamu hargai?"
"Saya hargai kak. Saya masak dan gosokkan bajunya setiap hari. Saya juga menjadi isteri yang solehah buat dirinya"
"Apa kamu lakukan pada dia, sebagai suami kamu setelah dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lain? Kamu tak hiraukan dia kan? Kamu tak solehah, Mar. Selagi kamu letakkan cinta kepada suami kamu nombor 1 melebihi cinta kamu kepada Allah."
Maria tersentak dengan perkataan yang meluncur keluar daripada bibir kak Leha. Maria berfikir lagi. Betulkah dia begitu?
"Kamu jatuh cinta dengan dia bukan kerana Allah. Kalau kamu anggap yang suami kamu Firas itu bukan milik mutlak kamu, tanpa teragak kamu akan membenarkan dia berkahwin dengan Arina. Kamu juga tahu kan Arina tu solehah orangnya. Mana tahu solehahnya Arina melebihi solehahnya kamu. Jika kamu yakin dengan ketentuan Allah, maka setiap apa yang Dia tentukan adalah yang paling baik pernah kamu sangka. Ingat, kamu kahwin tak bermakna Firas milik mutlak kamu. Firas masih milik Allah. Jadi dia berhak berkahwin lain. Dan tak bermakna juga Firas berkahwin lain kerana nafsunya. Firas itu beriman orangnya. Dia cintakan kamu, Mar. Dia juga tak boleh tolak fitrah kerana dia juga cintakan Arina."
Melimpah limpah air mata Maria mendengar nasihat kak Leha. Menyentapkan hatinya yang luhur itu. Menyesalnya dia kerana perlakukan suaminya begitu. Allahu zalimnya dia sebagai isteri.
"Akak yakin, Mar. Dia boleh jadi suami yang adil. Andai kata Firas tak adil sebagai suami kepada kamu dan Arina contohnya, kamu ada hak untuk meminta cerai kepadanya. Kamu ada hak untuk menuntut nafkah kepada dia jika dia melanggar syarat untuk berpoligami. Yakin pada Firas, yakin pada Allah. Lembutkan hati kamu, Mar. Besar dosa orang yang derhaka terhadap suami. Ingat, syurga kita terletak pada telapak kaki mereka (suami). Bukan bapa atau siapa siapa. Bukan tugas akak untuk menghukum atau memperdosakan orang lain tapi akak cuma jalankan tanggungjawab akak sebagai seorang jiran dan kakak kamu, Mar. Maafkan akak ye. Baliklah pada dia, suami kamu. Jangan sesekali kamu derhaka terhadap dia kecuali perkara yang melanggar hukum Allah. Baliklah ,Mar."
Kak Leha menghabiskan tazkirahnya sambil memegang tangan Maria. Kak leha perlu tegas. Darah muda dalam diri Maria masih bersisa. Jika dia terlalu mengikut perasaannya, habislah terumbang ambing bahtera yang dipandu oleh Firas.
Selepas sesi luahan perasaan Maria kepada kak Leha, Maria terus menelefon suaminya untuk meminta maaf. Takut benar dia mati dalam keadaan derhaka kepada suami. Bila Firas menjawap panggilan daripada isterinya itu, langsung perkataan "alhamdulillah" keluar daripada mulutnya. bersyukur Firas sudah berjaya mengembalikan isterinya yang dulu. Isterinya yang pemaaf dan penyayang benar benar buat dia rindu.
Yang pasti, Firas dapat berkahwin dengan Arina pada bulan hadapan. Tersenyum senget Firas membayangkan dia dan Arina di atas katil nanti.
TAMAT.