After years. Now i'm reopening my blog page HAHAHAHAHHA biar aku ketawa puas puas dulu.
Aku tak tahu, berapa ramai yang masih setia dengan page cakar coret yang memang dari dulu lagi sangat membosankan dan kind of.. plain? Guess how old i am now? Kali terakhir aku tulis post kat page ni dah berkurun sangat sampai aku pun dah tak berapa ingat apa yang cerita pada dunia blog. Masih ada ke remaja yang cari dan baca blog these days? In this new and quite hectic era. Tak mengapa, biar aku sambung menulis apa yang aku lalui sekarang supaya aku boleh baca semula my own writings and stories in the future. Or maybe my generations? I hope so.
Kali terakhir aku tulis blog masa aku di sekolah menengah. Kemudian aku sambung pelajaran ke peringkat asasi dan sekarang aku dah berada di Tahun 2 di salah satu universiti awam. Aku cuba ingat balik momen momen di asasi, apa yang membuatkan aku berhenti menulis? Masa yang padat? masalah yang bercampur-baur? Keadaan yang tidak terkawal? Mungkin tak. Aku perasan, selain jadual yang agak padat bila semakin dewasa, aku juga makin hilang perasaan. Aku jadi semakin kosong sampai aku yang dulunya bijak membahagikan masa antara minat dan belajar, makin kurang berminat untuk buat semua perkara. I cannot recognize my own hobby. It's weird, isn't it? Hobi yang bertukar-tukar itu biasa. Minat banyak perkara dalam satu masa juga biasa. Kekal meminati sesuatu perkara dalam satu masa tu bagus. Tapi aku? Hilang hobi sejak asasi lagi. Dulu aku seorang yang cukup extrovert sampai semua orang pandang aku macam orang yang bijak berkata-kata dan sosial padahal.. if they know. aku semakin develop introvert character sejak mula pkp atau lockdown pada 2020. dan tahun 2021 adalah tahun yang agak 'sakit' buat aku. mungkin apa yang aku alami dulu baru bagi kesan pada hidup aku yang sekarang atau, aku pun tak pasti. aku ingat lagi, masa tengah tercungap-cungap belajar asasi supaya aku terpilih untuk masuk bidang ni dulu, aku juga agak struggle dengan masalah keluarga dan friendship yang aku kira sekarang ni selesai hanya sebab masa. bukan usaha. masa tu aku self-diagnosed aku ada anxiety daripada encik google pada era-era masyarakat yang masih taboo dengan mental health- sedangkan dah beberapa antara yang aku kenal penghidap masalah mental
aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca random yang singgah di blog aku, tak kira waktu. dan masih beri page cakar coret berumah di sudut kecil hati korang- mana tahu related dgn apa yang aku sedang lalui. arigatou!