Thursday, 31 December 2015

Aku yang baru

lama aku tak berpuitis. puisi sana sini.
ah aku dah malas, penat.
selama ni aku rasa macam aku tak jadi diri aku.
aku cuba untuk jadi orang lain.
seorang yang memberi inspirasi,
seorang yang menyerlah, tampil dengan puisi ciptaan sendiri,
atau puisi yang cuba kisahkan cerita diri.

entahlah.
sampai bila aku macam ni
aku nak minta bagi aku ruang,
tapi takut duduk sorang sorang.
takut kisah hitam,
serang aku dikala malam,
atau waktu aku cuba lari,
tapi makin menhampiri,
makin dia datang mendekati.


kadang, aku takut juga si dia,
kisah hitam yang buat aku pitam,
buat aku rasa macam tanak jadi diri aku,
sebab tu aku suka jadi orang lain,
rasa macam aku yang baru
dan bukan aku yang dulu.

walaupun bila Allah sayang aku,
Allah hantar seorang yang mengubah haluan hidup,
seorang yang memberi semangat,
dan seorang lagi yang setia di sisi,
mereka..
sentiasa ada.

kalau aku tetap macam ni,
sedih sana sedih sini,
fikir begitu begini,
sampai bila? kamonlah.
masa sudah tiba,
untuk aku jadi diri aku,
dan bangkit dengan semangat baru.

takpe, Allah ada .





Wednesday, 25 November 2015

panjang umur? tanak .

macam biasa, setiap kali waktu rehat mesti aku akan masuk bilik cikgu untuk jumpa dia. beberapa bulan lagi aku akan menduduki UPSR dan perkenalkan, dialah mentor aku. aku kira untung sebab dapat jadi mentee dia. yelah, aku agak teror dalam subjek sains dan dia cikgu sains kelas aku. sayang gila aku kat dia sampai anggap dia macam ibu aku sendiri.

"assalamualaikum, cikgu hayati" aku tolak pintu bilik cikgu dan seyum kat dia yang tengah duduk kat meja.

"waalaikumsalam. ehh meh masuklah" dia jemput aku dan kawan aku masuk dalam bilik dia.

selalunya dia akan bagi kami sikit bekal yang dia bawak untuk alas perut. haritu dia bawak mee hoon dan aku lah si pelahap yang habiskan mee dia. dia tak kisah... kami macam family. kami berborak sekejap sebelum aku dan kawan aku kata...

"selamat ulang tahun, cikgu" aku salam dia. kawan aku ada yang bagi dia hadiah. aku? hadiahkan doa jelah. hehe.

"semoga panjang umur dan diberkati, cikgu."

dia pandang aku dengan muka lain (tak dapat detect). aku terkejut. aku salah cakap ke ?

"janganlah doakan saya panjang umur"

aku bertambah terkejut bila dengar dia cakap macam tu. seriously? melihatkan muka aku yang macam tahi, dia tambah tanpa tunggu soalan daripada aku.

"yela, lagi lama saya hidup, makin banyak dosa saya buat. lagipun saya ni makin tua. daripada terkejar kejarkan peluang yang Allah bagi, peluang yang saya ntah guna ntah tak. lagi baik kalau saya pergi awal. lagi sekejap someone hidup, lagi kurang dosa dia buat. kan?"

aku terdiam.

Saturday, 31 October 2015

Madu pahit

"Saya sayang dia, kak. Kenapa dia buat saya macam ni. Saya dah agak dah. Dia memang dah lama bencikan saya. Apa salah saya, kak?"

Adu maria kepada kak leha , jiran rumahnya. Kak leha hanya mendiamkan diri dan simpati. Dia tahu ada sebab Firas memperlakukan isterinya, maria begini. Lelaki itu bukan calang calang lelaki. Dia yang memperkenalkan maria kepada Firas. Kerana satu, kerana dia yakin Firas mampu menjaga makan pakai isterinya. Selama mereka mendirikan rumah tangga, tiada satu pun masalah timbul dalam keluarga mereka. Kak leha bukan mempertahankan tindakan Firas yang secara tiba tiba itu. Cuma kak leha yakin pasti ada sesuatu berlaku kepada hati Firas. Firas itu baik orangnya. Dengan sikapnya yang pemurah dan ditambah dengan pegangan agama yang dibawa Firas pasti dapat mencairkan hati setiap wanita solehah. Jika dipandangnya wajah Firas, hati yang cair tadi sudah pun disejat ke udara dek kerana ketampanannya. Hek hek.

Pada malam keesokannya Maria sedang menonton drama melayu di ruang tamu. Pulang sudah Firas daripada pejabat dengan membawa briefcasenya. Selalunya setiap kali Firas pulang sahaja daripada pejabat isterinya pasti menyambut kepulangannya dengan wajah ceria. Tetapi tadi isterinya bagai tidak sedar akan kepulangannya. Umpama sengaja. Dia tahu puncanya, jadi dia kecewa. Dia mengeluh sendiri sambil melihat isterinya yang khusyuk menonton tv.

"Mar, abang balik ni"

Leher si isteri dirangkul dari arah belakang. Maria hanya menjeling suaminya.

"Ish. Lepaslah"

Bertambah robek hati sang suami ditengking sebegitu. Dia tahu Maria kecewa dengan permintaannya kelmarin. Ada pula dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lain. Isteri mana yang tak kecil hati. Dia bukan ingin berkahwin kerana nafsu. Cuma kerana dia tahu Arina layak untuknya. Lagipun wajah Arina sudah jelas terpapar dalam mimpinya setelah melakukan solat istikharah pada malam itu. kenapa mahu cemburu? Ye dia tahu. Dia suami Maria. Tetapi kerana hatinya betul betul yakin Arina juga jodohnya. Sama seperti Maria. Arina berhak bersuamikan Firas. Daripada dia dan Arina terdedah dengan fitnah di pejabat, baik sahaja dia memperisterikan Arina, pembantu peribadinya. Nak kata perbelanjaan, makan pakai dia dan Maria tak pernah tak mewah. Alhamdulillah murah rezekinya. Arina pula cantik orangnya. Solehah lagi. Ramai orang melamar Arina. Tetapi satu pun dia tak terima. Tanyalah macam mana, pasti "belum bersedia" juga menjadi jawapan kepada persoalan.

Malam itu firas berfikir. Macam mana hubungan dia dengan Maria setelah meminta izin untuk berpoligami. Dingin betul Maria mendengar hasratnya. Maria fikir Firas gatal. Maria kata suaminya miang. Sakit hatinya bila lapan bulan pernikahan buat suaminya ingin berkahwin lagi. Apa dia tak sempurna?  Apa Maria tak cantik dan tak baik di hati Firas?

Dengan mata yang redup dan pandangan yang sayu. Ditambah secukup rasa dengan perkataan yang mendayu Firas berkata

"Allah arahkan saya untuk madukan awak, Mar"

Maria yang mendengar tersenyum sinis. Mana logik jawapan suaminya itu. Pulak Tuhan mangarahkan si suami menyakitkan hati sang isteri? Tergelak besar isterinya di dalam hati.

'Kau dah berkenan dengan Arina tu cakap jelah'

Maria dah tak tahan. Dia berlalu keluar rumah dan menenangkan fikiran di pantai berdekatan. Dia sedih betul. Kecewa dan tangisnya itu sudah tak berlagu. Punyalah dia yakin suaminya cintakan dia sehingga hujung nyawa. Tetapi apa yang terjadi ini jauh meleset daripada firasatnya selama ini. Macam macam Maria fikirkan di pantai itu. Sehingga wujud seketul rasa benci dalam hatinya kepada Firas. Entah kemana imannya pada waktu itu dia juga tak pernah ambil kesah. Mungkin hatinya sudah gelap.

Beminggu juga Maria dan Firas tak bertegur. Mengalir sudah dosa Maria kerana tidak menjaga makan pakai suaminya. Hanya kerana ego dan cemburu, Maria sanggup meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.  Firas pula tak tahu nak buat apa. Bukan dia tak memujuk isterinya. Tetapi sudah 101 cara dia guna untuk membaiki hubungan dengan si isteri. Tetap juga Maria kecewa dengan tindakan Firas. Maria berkeras hati ingin membenarkan suaminya berpoligami. Perkara itu takkan pernah berlaku.

Satu hari setelah lama berangin dengan sang suami, Maria mengadu kesah dengan kak leha untuk kedua kali. Setelah kali pertama mengadu dengan kak Leha tak dapat buat hatinya tenteram. Biasalah, perempuan. Mesti nak berkongsi rasa pada yang memahami. Tapi Maria langsung tak ingat kepada Yang Paling Memahami. Menangis nangis Maria ceritakan kes terbaru yang berlaku antara dia dengan Firas. Sayang benar dia kepada suaminya sehingga tidak sanggup diduakan. Kak Leha tahu kisah sebenar. Kak leha ambil keputusan untuk menolong Firas memperbaiki hubungan. Hati Maria sudah keras dengan panahan syaitan. Dan kata kata yang kak Leha beri berjaya melembutkan hati Maria untuk memaafkan suaminya. Kak Leha lemah lembut orangnya. Tetapi sangat tegas dalam mendidik. Lagi ketara ketegasannya bila kak Leha menasihati Maria tentang hal rumah tangga. Maria bertambah sedih bila teringat perbualannya dengan kak Leha waktu itu.

"Kamu sayangkan Firas?" Tanya kak Leha menguji.

"Sayang lah kak. Kalau tak sayang, dah lama saya mintak cerai. Sebab dia nak duakan saya"

"Macam tu lah Firas sayang kamu. Kalau dia tak sayang dah lama dia ceraikan kamu"

Terdiam Maria menahan sendu.

Kak Leha sambung

"Kamu lihat ea? Sepanjang dia bersama kamu, ada dia tak ambil berat tentang makan pakai kamu? Ada dia tak hiraukan apatah lagi kasihkan kamu? Malah dia menjadi imam yang sempurna untuk kamu. Ada kamu hargai?"

"Saya hargai kak. Saya masak dan gosokkan bajunya setiap hari. Saya juga menjadi isteri yang solehah buat dirinya"

"Apa kamu lakukan pada dia, sebagai suami kamu setelah dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lain? Kamu tak hiraukan dia kan? Kamu tak solehah, Mar. Selagi kamu letakkan cinta kepada suami kamu nombor 1 melebihi cinta kamu kepada Allah."

Maria tersentak dengan perkataan yang meluncur keluar daripada bibir kak Leha. Maria berfikir lagi. Betulkah dia begitu?

"Kamu jatuh cinta dengan dia bukan kerana Allah. Kalau kamu anggap yang suami kamu Firas itu bukan milik mutlak kamu, tanpa teragak kamu akan membenarkan dia berkahwin dengan Arina. Kamu juga tahu kan Arina tu solehah orangnya. Mana tahu solehahnya Arina melebihi solehahnya kamu. Jika kamu yakin dengan ketentuan Allah, maka setiap apa yang Dia tentukan adalah yang paling baik pernah kamu sangka. Ingat, kamu kahwin tak bermakna Firas milik mutlak kamu. Firas masih milik Allah. Jadi dia berhak berkahwin lain. Dan tak bermakna juga Firas berkahwin lain kerana nafsunya. Firas itu beriman orangnya. Dia cintakan kamu, Mar. Dia juga tak boleh tolak fitrah kerana dia juga cintakan Arina."

Melimpah limpah air mata Maria mendengar nasihat kak Leha. Menyentapkan hatinya yang luhur itu. Menyesalnya dia kerana perlakukan suaminya begitu. Allahu zalimnya dia sebagai isteri.

"Akak yakin, Mar. Dia boleh jadi suami yang adil. Andai kata Firas tak adil sebagai suami kepada kamu dan Arina contohnya, kamu ada hak untuk meminta cerai kepadanya. Kamu ada hak untuk menuntut nafkah kepada dia jika dia melanggar syarat untuk berpoligami. Yakin pada Firas, yakin pada Allah. Lembutkan hati kamu, Mar. Besar dosa orang yang derhaka terhadap suami. Ingat, syurga kita terletak pada telapak kaki mereka (suami). Bukan bapa atau siapa siapa. Bukan tugas akak untuk menghukum atau memperdosakan orang lain tapi akak cuma jalankan tanggungjawab akak sebagai seorang jiran dan kakak kamu, Mar. Maafkan akak ye. Baliklah pada dia, suami kamu. Jangan sesekali kamu derhaka terhadap dia kecuali perkara yang melanggar hukum Allah. Baliklah ,Mar."

Kak Leha menghabiskan tazkirahnya sambil memegang tangan Maria. Kak leha perlu tegas. Darah muda dalam diri Maria masih bersisa. Jika dia terlalu mengikut perasaannya, habislah terumbang ambing bahtera yang dipandu oleh Firas.

Selepas sesi luahan perasaan Maria kepada kak Leha, Maria terus menelefon suaminya untuk meminta maaf. Takut benar dia mati dalam keadaan derhaka kepada suami. Bila Firas menjawap panggilan daripada isterinya itu, langsung perkataan "alhamdulillah" keluar daripada mulutnya. bersyukur Firas sudah berjaya mengembalikan isterinya yang dulu. Isterinya yang pemaaf dan penyayang benar benar buat dia rindu.

Yang pasti, Firas dapat berkahwin dengan Arina pada bulan hadapan. Tersenyum senget Firas membayangkan dia dan Arina di atas katil nanti.

TAMAT.

Saturday, 12 September 2015

Lari laju laju

Dulu dia pernah kata "dibawah cahaya pon kita masih boleh sesat" dan ya. Dia percaya. Dia baru je laluinya. Si dia ini tidaklah jahat mana. Tidaklah syirik dan tidaklah jahil. Diri dia juga disanjungi rakan rakan kerana sikapnya yang agak peramah. Tetiba terasa hidupnya dihimpit dek dinding maze. Rimas do. Entah kenapa tiba tiba dalam hatinya wujud satu 'rasa'. 'Rasa' yang buat imannya lemah, buat hatinya hitam pekat, sesat dan fikirannya mula singkat. Huh... dia sedar kini dirinya jatuh dalam lubang hitam. Dalam. Dan dia sedar kini dia jauh lagi dari Tuhan yang Maha Kuasa. Serta Ada. Tapi kekadang dia terikut dengan 'rasa' yang sekejap kejap menjengah fikirannya. Susah. Serius susah nak buang 'rasa' tu. Kau tahu rasa apa? Rasa dimana dia atau kita mula ragu ragu yang Tuhan tu ada. Sudah lama sebenarnya dia tinggalkan lagu lagu lagha atau maksiat yang menjadi 'behavior' satu ketika dulu. Tu yang dia tak pasti dari mana datang 'rasa' durjana itu? Dan yang paling buat dia sedih ialah mengapa imannya begitu lemah sehingga terikut 'rasa' bahaya?

Sejak ada 'rasa' dalam diri dia hatinya mula hitam. Kotor dan jijik. Sebab apa? Seteruk teruk maknusia ialah kafir. Tapi 'rasa' buat dia tak percaya yang Allah itu wujud. 'Rasa' makin lama makin menyerap dalam diri dia. Sampai satu ketika perlakuan dia turut berubah. Dia sedar. Tapi serius susah. Dia semakin panas baran dan cepat berputus asa. Dia semakin lemah dan futur dari hari ke hari. Macam biasa, bila kita maknusia tak reti jaga hubungan dengan Tuhan, jangan tanya kenapa hubungan dengan maknusia hancur dan punah. Solatnya semakin tak khusyuk. Disebabkan dia sedar dan serius susah, lantas dia berdoa kepada Allah berharap agar 'rasa' pergi jauh dari dia. Al-quran di sisinya juga tak tinggal. Dia juga masih percaya yang hatinya milik Allah dan Allah berkuasa ke atas hatinya.

"Ya Allah, andai hati ini telah mati, kotor. Aku mohon berikan aku hati yang baru. Moga 'rasa' itu pergi jauh dari aku ya Allah. Sesungguhnya aku ingin dekat denganMu"

Sepanjang 'rasa' ada dalam dirinya, dia tak boleh fokus pada pembelajaran. Dalam kelas pon dia risau kalau kalau Allah matikannya dalam kesesatan. Tak sabar betul dia tunggu untuk 'rasa' tinggalkan dia. Tak sabar juga untuk dia kembali pada Allah semula. Baginya, kehadiran 'rasa' adalah masalah paling besar sepanjang hidupnya.  Mana mungkin dia mahu mati dalam kekufuran. Imannya lemah. Tak tahu macam mana nak hilangkan 'rasa'. Dia sedar, tapi serius susah.

Satu hari ketika pulang dari sekolah dia berfikir lagi. Cara untuk buang 'rasa' dari fikirannya. Dia tanak 'rasa' itu. Durjana!  Tiba tiba ada suara menyapa

"Bro, jogging nak petang ni?"

Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju mengikut rakannya berjogging pada petang itu. Inilah peluangnya. Dia lari laju laju..  lari dan lari. Umpama dia lari dari lubang hitam. Bagai dia lari dari 'rasa'. Bak dia lari menuju Tuhan di sana.  Tanpa sedar air matanya mula  tumpah. Saat dia lari menuruni bukit meninggalkan rakannya di belakang, dia menangis semahunya. Bagai Allah ada di hadapannya. Fuhh. Dia berhenti. Penat mungkin. Tercungap cungap dia cuba mengawal nafas.

'Ya Allah. Aku rindukan Kau'

Bisik hati kecilnya. Betapa dia ingin pulang kepada rahmatNya. Sambil mengelap saki baki air mata, dia baring di lereng bukit. Lihat awan yang tak pernah tak cantik. Sebab dia betul betul sukakan nature. Buat dia ingat pada Allah yang Maha Pencipta.

'Aku rindukan arwah abang.'

Muncul arwah abang di fikirannya. Sumber inspirasi katakan. Arwah abang memang sering buat dia bersemangat untuk menuju syurga. Sebab arwah abang ada kat sana. Dia mula tenang. Aik? 'Rasa' dah takde?  Alhamdulillah...kerana satu. Iaitu kerana dia tahu

Allah maha Penyayang.

"Bro, kau jogging ke marathon?" Suara penat menjengah telinga buat dia tersengih sengih sendiri.

Tuesday, 14 July 2015

Semalu

Ada seorang pengembara
Berteliku di hujung padang
Melihat dunia yang luas terbentang
Merasa dirinya paling jauh di dasar bumi.

'Aku lemah, aku futur'
Ada satu rasa
Yang buat ia begitu terseksa
Setelah berjuang lama
Di dunia rekaanNya.

Bebolanya tetap bergerak,
Memerhati awan yang terus berarak,
Saat jejarinya menyentuh tanah,
Auch, sakitnya!
Teriak hati kecil melihat pekat darah,
semalu.
Kecil sekecil dirinya
Lemah tampak lebih dari dia
Saat ia menguncup
Terserlah rasa rendah dalam daunnya

Setelah itu dia bangkit
Setelah merasa ketajaman duri semalu
Setelah segalanya berlaku
Setelah berakhirnya rasa pilu
Yang membelengu.

" bro, mana boleh tinggalkan dakwah tarbiah. Ye, aku tahu kau banyak silap. Aku tahu kau rasa tak layak, kau rasa kau paling hina antara semua. Tapi percayalah sampai bila nak jatuh futur. Bangkitlah. Ramai orang perlukan kau. Ramai kawan terhuyung hayang kat sekolah tu. Kau tak kesian ke kat diorang? Pimpin lah diorang. Aku tahu kau tak sampai hati biarkan diorang lalai dengan dunia, kan?"

Tapi akidah aku pon tak mantap lagi.

"Nak mantapkan akidah, join dakwah tarbiah. Nak kusyuk ibadah, join dakwah tarbiah. Semuanya bermula dari hati, beb. Didiklah hati kau. Sibukkan diri dengan dakwah. Kau akan rasa sesuatu yang lain :)"

Apa yang lain?

"Bila kau sibuk cegah maksiat sana sini, tiap kali kau nak buat maksiat akan terdetik dalam hati kau 'eh aku nasihat orang tapi aku pon buat' then secara auto kau tak jadi dan segan nak buat kemungkaran. Bila tak buat maksiat, hati kau akan tenang. Bila hati tenang, senang nak beribadah. Bila senang nak beribadah, kau dekat dgn Allah. Tanak?"

Beberapa minit aku diam, dia sambung...

"Tapi aku tengok budak budak sekarang gunakan dakwah sebab nak hot, pakai purdah sebab trend. ada lagi, yang dakwah sikit, terus timbul secalit riya' dalam hati dia. Nauzubullahi minzalik. Aku pon takut. Buat dosa dalam kebaikan. Kesian, bro. Aku doakan diorang terima hidayah Allah dan ikhlaskan hati untuk beribadah"

Aku perhatikan mata dia.

Ya Allah, jauhkan aku dari rasa itu.

Sambil berjalan menuju padang, kata kata yang mencengah telinga aku tadi berlayar di fikiran. Menari nari. Di atas rumput lembap aku berteliku. Muhasabah diri aku sambil memerhati awan.

Cantik. *sengih*