Dulu dia pernah kata "dibawah cahaya pon kita masih boleh sesat" dan ya. Dia percaya. Dia baru je laluinya. Si dia ini tidaklah jahat mana. Tidaklah syirik dan tidaklah jahil. Diri dia juga disanjungi rakan rakan kerana sikapnya yang agak peramah. Tetiba terasa hidupnya dihimpit dek dinding maze. Rimas do. Entah kenapa tiba tiba dalam hatinya wujud satu 'rasa'. 'Rasa' yang buat imannya lemah, buat hatinya hitam pekat, sesat dan fikirannya mula singkat. Huh... dia sedar kini dirinya jatuh dalam lubang hitam. Dalam. Dan dia sedar kini dia jauh lagi dari Tuhan yang Maha Kuasa. Serta Ada. Tapi kekadang dia terikut dengan 'rasa' yang sekejap kejap menjengah fikirannya. Susah. Serius susah nak buang 'rasa' tu. Kau tahu rasa apa? Rasa dimana dia atau kita mula ragu ragu yang Tuhan tu ada. Sudah lama sebenarnya dia tinggalkan lagu lagu lagha atau maksiat yang menjadi 'behavior' satu ketika dulu. Tu yang dia tak pasti dari mana datang 'rasa' durjana itu? Dan yang paling buat dia sedih ialah mengapa imannya begitu lemah sehingga terikut 'rasa' bahaya?
Sejak ada 'rasa' dalam diri dia hatinya mula hitam. Kotor dan jijik. Sebab apa? Seteruk teruk maknusia ialah kafir. Tapi 'rasa' buat dia tak percaya yang Allah itu wujud. 'Rasa' makin lama makin menyerap dalam diri dia. Sampai satu ketika perlakuan dia turut berubah. Dia sedar. Tapi serius susah. Dia semakin panas baran dan cepat berputus asa. Dia semakin lemah dan futur dari hari ke hari. Macam biasa, bila kita maknusia tak reti jaga hubungan dengan Tuhan, jangan tanya kenapa hubungan dengan maknusia hancur dan punah. Solatnya semakin tak khusyuk. Disebabkan dia sedar dan serius susah, lantas dia berdoa kepada Allah berharap agar 'rasa' pergi jauh dari dia. Al-quran di sisinya juga tak tinggal. Dia juga masih percaya yang hatinya milik Allah dan Allah berkuasa ke atas hatinya.
"Ya Allah, andai hati ini telah mati, kotor. Aku mohon berikan aku hati yang baru. Moga 'rasa' itu pergi jauh dari aku ya Allah. Sesungguhnya aku ingin dekat denganMu"
Sepanjang 'rasa' ada dalam dirinya, dia tak boleh fokus pada pembelajaran. Dalam kelas pon dia risau kalau kalau Allah matikannya dalam kesesatan. Tak sabar betul dia tunggu untuk 'rasa' tinggalkan dia. Tak sabar juga untuk dia kembali pada Allah semula. Baginya, kehadiran 'rasa' adalah masalah paling besar sepanjang hidupnya. Mana mungkin dia mahu mati dalam kekufuran. Imannya lemah. Tak tahu macam mana nak hilangkan 'rasa'. Dia sedar, tapi serius susah.
Satu hari ketika pulang dari sekolah dia berfikir lagi. Cara untuk buang 'rasa' dari fikirannya. Dia tanak 'rasa' itu. Durjana! Tiba tiba ada suara menyapa
"Bro, jogging nak petang ni?"
Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju mengikut rakannya berjogging pada petang itu. Inilah peluangnya. Dia lari laju laju.. lari dan lari. Umpama dia lari dari lubang hitam. Bagai dia lari dari 'rasa'. Bak dia lari menuju Tuhan di sana. Tanpa sedar air matanya mula tumpah. Saat dia lari menuruni bukit meninggalkan rakannya di belakang, dia menangis semahunya. Bagai Allah ada di hadapannya. Fuhh. Dia berhenti. Penat mungkin. Tercungap cungap dia cuba mengawal nafas.
'Ya Allah. Aku rindukan Kau'
Bisik hati kecilnya. Betapa dia ingin pulang kepada rahmatNya. Sambil mengelap saki baki air mata, dia baring di lereng bukit. Lihat awan yang tak pernah tak cantik. Sebab dia betul betul sukakan nature. Buat dia ingat pada Allah yang Maha Pencipta.
'Aku rindukan arwah abang.'
Muncul arwah abang di fikirannya. Sumber inspirasi katakan. Arwah abang memang sering buat dia bersemangat untuk menuju syurga. Sebab arwah abang ada kat sana. Dia mula tenang. Aik? 'Rasa' dah takde? Alhamdulillah...kerana satu. Iaitu kerana dia tahu
Allah maha Penyayang.
"Bro, kau jogging ke marathon?" Suara penat menjengah telinga buat dia tersengih sengih sendiri.
No comments:
Post a Comment