Friday, 8 January 2016

imtihan

perkara aku nak ceramah harini bukanlah pasal ujian yang Tuhan bagi. tapi perkara klise yang pelajar akan lalui. setiap tahun mesti akan lalui ujian. siapa lagi yang bagi kalau bukan pendidik khas yang ditugaskan -cikgu. kau tanyalah semua cikgu daripada cikgu tadika sampai cikgu u -pensyarah tentang perkara apa yang cikgu nak tengok just one. what? kejayaan kita. mungkin ada cikgu yang tanak langsung tengok kau berjaya. dan itu satu satunya cikgu yang tak sayang anak murid. mungkin. hahah *fake laugh*

selalunya orang macam kita-pelajar akan sedar yang kita tengah menuntut ilmu bila tiba masa peperiksaan besar. such as pt3 and spm. ye aku tahu tak semua tapi majoriti pelajar tak tahu tujuan mereka ke sekolah hampir setiap hari. bila mana ada pelajar yang datang sekolah sebab nak bercinta. perlukan kasih sayang katanya. dan juga cerita pelajar yang datang ke sekolah untuk jumpa kawan. itu penghibur lagaknya. paling klise pergi sekolah sebab mak suruh. kalau tak pergi nanti mak sedih,cikgu marah, bapak tibai.

biar aku cerita kau satu perkara. ada satu hari aku duty jual buku. buku buku sekolah untuk tahun depan. dan cikgu suruh aku jaga kaunter Form 1. kaunter yang perlukan komunikasi yang baik dan kesabaran yang tinggi. kaunter yang cukup busy. rasa nak lari tapi takde orang boleh gantikan aku. dalam keterpaksaan aku duty, aku cuba ikhlaskan hati. berbagai ragam anak dan mak kat kaunter tu. haih aku layankan je. sampailah ada seorang makcik yang aku tak tanya apa apa lagi dia dah kata "makcik beli semua yang perlu kat sekolah ni" dalam hati aku dah kata kaya gila makcik ni sebab aku tahu semua yang 'perlu' kat sekolah ni banyak gila. sampailah aku tunjuk jumlah bayaran semua barang. adalah cecah 500 lebih. aku tengok muka makcik tu macam nak tanak bayar. ya Allah, demi anak makcik tu hulur jugak 600 kat aku. dalam hati aku dah harap budak tu banggakan mak bapak dia dengan kejayaan kat sekolah ni. ada jugak makcik yang kata "makcik pergi sekolah saikhad tudung labuh labuh, kat sekolah ni biasa je ek. sini macam telok mas" aku pandang muka makcik tu. ada riak sedih. kemudian dia cerita kat aku yang dia nak anak dia sekolah saikhad tapi anak dia tanak. kenapa? makcik tu pun tak tahu.

kembali kepada topik ujian. point yang aku nak sampaikan sebenarnya nak bahas balik sentence macam

1. tiap kali nak periksa baru nak struggle and belajar betul betul.
2. tiap kali nak periksa jadi baik, qiam, baca quran and solat dhuha. then lepas periksa dah tak buat semua tu
3. kau tengoklah tu. tahun periksa perangai macam malaikat lepas periksa jadi dajjal balik.

erm mula mula aku setuju dengan ayat ayat tu. aku jugak pernah berfikiran tipikal macam tu.

bila tiba waktu periksa baru cari Tuhan ni sebenarnya dia sedar yang dia masih perlukan Tuhan. tahu tak orang macam ni masih fikir yang Tuhan boleh bagi segala yang dia nak dan ubah takdir hidup dia. dengan apa? doa. sebenarnya doa tu tak cukup untuk peroleh apa yang dia nak. then dia buat solat sunat, usaha lebih sikit than before, puasa isnin khamis and berbuat baik pada semua orang. kita kalau nak dapat apa yang kita nak, buat apa yang Tuhan nak dulu. dan cuba istiqamah. Allah rindu kita. dan Allah jumpakan kita dengan satu waktu dimana kita betul betul perlukan sesuatu. macam keling tapi itulah hakikatnya. Allah bagi kita peluang untuk dekat dengan Dia. dan ayat ayat yang orang selalu kata tu tak lebih dari hasad dengki melainkan kau tak cuba untuk istiqamah atau jadi lebih baik dari hari ini. kalau lepas exam dia gagal istiqamah, tolong jangan hina dia. selagi dia hidup selagi tu Allah bagi dia masa untuk beramal. dan sesiapa yang masih hidup dia masih ada peluang ke syurga. kenapa kita perlu sibuk dengan amalan orang lain sedangkan amalan kita tak langsung dipertimbangkan? bagi aku orang yang masih ingat Tuhan waktu susah is better than person who don't remember God even they are in trouble.

konsep dia sama macam orang yang fikir 'bulan ramadhan je baca quran and qiam'. sebab kita dah set dalam mind yang Allah gandakan pahala waktu tu. kita ambillah peluang untuk rebut semua peluang yang Dia bagi. mungkin sebab kita tahu yang pahala kita bulan biasa tak banyak dan ini peluang untuk kita bina pahala tinggi tinggi. ini tak, dahle amalan bulan biasa pun tak banyak lastu tiba bulan Ramadhan tanak rebut peluang yang Allah bagi.

aku pergi kepada niat. untuk ayat 'dia puasa sunat sebab nak exam bukan sebab Allah'

okay. semua orang tahu yang amalan takkan diterima kalau tersalah niat betul? niat ada banyak macam ujub, riak, takbur and so on. kalau tak faham maksud dia boleh tanya pakcik google. yang pasti ada satu niat yang paling baik-ikhlas.

bohonglah kalau kau kata yang kau belajar LANGSUNG takde niat nak berjaya. maknanya kau belajar memang lillahi. kau belajar sebab fardhu kifayah. ya, betul. semua orang kena letak tu sebagai niat no. 1 dalam dada. tapi kau kena letak niat nak berjaya no.2. atau lebih tepat impian. tak kisah le kau nak berjaya untuk banggakan mak bapak ke guru ke pakwe ke yang penting kaulah orang paling bahagia bila dah berjaya. kau pergi tanya doctor pakar, accountent, buisnessman, yang dah berjaya sana, atau tanya je apak kau kat rumah tu 'suka tak kerja yang ayah tengah buat sekarang?' suka tak suka itulah yang diorang usahakan dan kerja sungguh sungguh semata mata nak tengok kau berjaya. satu je aku mintak, banggakan diorang. orang yang belajar ilmu wahyu or al quran or kitab ni pun kalau berjaya dia bukan je dah banggakan diri sendiri, tapi orang sekeliling dia. jeles woi. paling jeles dengan orang yang lepas berjaya akhirat such as hafiz 30 juzuk then selak selak buku sikit dah straight A's spm. life goals nak mampus.

aku u-turn kepada topik ikhlas. bila kau buat satu perkara yang baik, akan terdetik 3 sebab kenapa kau buat benda tu. kecuali....kecuali kau tak sengaja buat such as kau mabuk, mengigau or kena rasuk. ada ke? entah.

1. sebab kau betul betul nak buat. contohnya tolong orang buta lintas jalan. kau tolong sebab kau kesian kat dia. atau kau takut dia kena langgar. atau kau takut dia terjatuh kat longkang.

2. kerana Tuhan. kau sentiasa ingat yang Allah pandang kau jadi kau buat sebab malu dengan Tuhan kalau kau tak tolong orang tu. atau kau sedar yang Allah uji kau dengan tunjukkan kau orang buta tu. Dia nak tengok kau tolong dia ke buat tak endah je.

3. sebab kau nakkan ganjaran. selalunya pahala dan syurga. mungkin itu matlamat hidup kau. jadi itu yang kau kejar kat dunia ni. kau tahu bila kau tolong orang, kau dapat tingkatkan pahala. dan kau ketagihkan keredhaan Tuhan. jangan risau, pahala kau selamat disimpan sebab Allah ni Maha Pemurah. memang Allah nak kita beramal dengan mengharapkan pahala.

sebaik sebaik amalan ialah no. 1. kau tak mengharapkan apa apa LANGSUNG selain orang buta tu selamat.

aku pernah kata kat someone ni

"akak sekolah aku perangai macam dajjal pun 10A pt3 hari tu. oh lupa gred turun"

then dia kata

"kau pernah dengar tak perkataan istijdad. entah macam mana eja aku tak sure. yang pasti makna dia....."

tak sempat dia nak sambung aku dah kata yang aku tahu. nikmat yang Allah bagi untuk melekakan kita. dia kata baik gagal daripada dapat nikmat tu. sekurang kurangnya gagal ialah satu semangat untuk kita buat lebih baik pada masa akan datang.

kalau berjaya pun, akhlak tak guna buat apa. yang pasti kau kena ingat kejayaan kau ialah berkat doa mak apak. jangan dah berjaya nanti kau lupakan diorang pulak. so, goodluck.

p/s: aku mintak maap sangat sangat sebab ceramah guna 'kau'. sebab sepatutnya 'kita'. yang salah bukan sahaja kau, aku pun. yang lupa pun bukan kau, aku. jadi maafkan aku.




No comments:

Post a Comment