bohong la kalau kata student tak pernah terfikir lagu ni.
'watpa belajaq? bukan amalkan pun.'
'aku nak dok tahpiz. at least belajaq untuk akhirat'
kalau alim sikit they'll say
'ini semua dunia! jangan fokus sangat exam sebab mana tahu esok mati'
yeah, tak kata apa yang hang cakap tu salah but belajaq fardhu kifayah tak semestinya dunia.
“...sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dalam kalangan hamba-hambaNya adalah para ilmuan...” –Surah Fatir ayat 28.
siapa suruh hang tak amalkan..lulzz
bro, at least hang tahu kebesaran Allah bila belajaq geog.
hang tahu betapa berkuasanya Tuhan bila belajaq bio and physic.
paling heaven bila hang baca quran, hang paham apa yang hang baca.
please open ur mind, kiddo.
bukan hang tak boleh, kuatkan keimanan pada masa yang sama, hang belajaq.
hang belajaq sambil tawakkal, tambahkan ketaqwaan pada Tuhan
lagipun bila hang pergi sekolah, hang bukan ja dapat belajaq apa yang cikgu ajar. tapi pada masa yang sama hang dapat belajaq erti kehidupan. kat sekolahlah hang jumpa pelbagai orang dan buat pemerhatian dari apa yang hang lihat. kat sekolah, bila hang jatuh, hang ada ramai member yang lihat hang. ada yang hulur tangan, ada yang tak. hang kena pilih tangan mana yang hang nak paut. sometimes nobody will care bout u, babe. waktu tu lah hang kena fikir sendiri cara alternatif untuk bangun berdiri balik. tanpa mengharap bantuan sesiapa. hang kena tahu macam tu lah hang alone bila dalam kubur nanti. atau tak perlu jauh sangat, macam tu lah hang bila kat university nanti.
secara mudahnya sekolah ialah salah satu tempat untuk hang belajar berdikari dalam erti kehidupan sebenar.
kalau hang still rasa yang belajaq ni takda guna, teruskanlah. terpulanglah mahu jadi apa mahu jadi bodoh atau jadi si bedul.
p/s: entry ini takde unsur menghina sesiapa. ditulis khas untuk kuatkan semangat aku dalam menuntut ilmu. dan bonusnya untuk kau yang sudi membaca. syukran. bedawei, penggunaan 'kau' sebenarnya kata hati aku kepada akal.
No comments:
Post a Comment