Wednesday, 6 December 2023

My First Love and Broken

orang kata semua perempuan akan mengalami trauma sepanjang hayat dengan lelaki yg dia kenal pada umur 18. sumpah betul! 

tarikh aku tulis entry ni adalah pada 8/7/2023. aku kembali dalam dunia blogger sebab aku perlukan platform dimana aku boleh jadi diri aku- diri yang tak percayakan manusia untuk luahkan cerita. hanya percaya pada tulisan untuk kongsi rasa. 

aku berhenti menulis di umur 18. sekarang aku dah 22 tahun. sedang tercungap sambung pelajaran. di umur 18- hidup aku berbunga. mengenali seorang lelaki yang pada awalnya memang aku sukakan dia dulu. aku namakan dia Han. yang silapnya, dia kawan sekolah rendah aku. sekolah menengah berbeza tapi daripada kampung yang sama. aku belajar di negeri yang sama dia belajar. bila dia habis diploma, aku masih di negeri tu belajar. kemudian aku habis asasi, sambung menuntut ijazah di tempat lain. dia pula bekerja. sebagai barista dari satu kafe ke kafe lain. Han sukakan seni kopi. bagi dia, coffee art buat dia dapat ekspres emosi kedalam kopi. aku support minat dia. kami bahagia. selama kami dlm hubungan cinta, Han sanggup ulang alik daripada negeri kampung ke bandar kuala. 2 jam perjalanan tu dekat masa waktu bercinta. inikan lautan api, perjalanan kereta apalah sangat cabarannya. 

nak dijadikan cerita, 4 tahun kami sama sama berkongsi rasa, belajar tentang masing masing sampai aku rasa kami dah lebih daripada kenal. sampai perasaan dan kata yang akan diungkap oleh Han dapat dijangka oleh aku. tindak tanduk Han dalam poket aku. kwn kwn Han, semua aku tahu. 

bila cerita tentang jodoh, rahsia yang semua makhluk Tuhan tak tahu termasuk malaikat. apa kita boleh lawan? 

di akhir tahun 2022, aku rasa sesuatu. rasa tergerak untuk hentikan semua di sini. perjalanan cerita kami dah jauh tapi tak sangka sejauh ni. aku tertekan. waktu tu, ada masalah lain tentang keluarga dan kolej yang menyerabutkan. i think i should take a break atau aku boleh jadi lebih gila. pada saat tu, aku beritahu Han. tp dia jauh nun di negeri lain. berbulan aku tangguh, sampai jan 2023 aku rasa kami bebetul perlu stop. sampai waktu tu Han masih sanggup drive jauh daripada negeri kampung ke tempat aku. walau masa yang ada cuma 1 jam, akan dimanfaatkan jua demi menemui aku. ada alasan kenapa aku hentikan semua. ada seribu satu asbab kenapa aku terpaksa putus dengan dia. tp walau mcm mana pun cara, Han masih sayangkan aku masa tu. dia tak ready untuk dengar semua yang mengarut dari aku. pada mac 2023, Han tersedar dari lamunan panjang dunia. dia mula sedar betapa bodohnya masih menunggu aku yang dah hilang rasa pada dia. dia berhenti menemui aku, berhenti balas mesej aku dan block semua platform sosial yang ada aku. hati aku remuk. dua bulan aku cuba cari dia di semua tempat. dua bulan aku fokus peperiksaan akhir semester. 2 bulan aku tertanya tanya dia takkan rindukan aku ke? selang beberapa waktu, aku nampak ig story Han dengan seorang perempuan yg aku tak kenal siapa. lepas dari hari tu, aku terserempak dia sebanyak 3 kali dengan perempuan yang sama, tempat yg berbeza. confirm, dia dah bahagia dengan yang lain. walaupun aku yg minta untuk akhiri segalanya, tapi aku rasa 3 bulan pertama selepas bulan 4 bukanlah rasa yg recommended untuk semua orang rasa. worst feeling ever and disaster broken dia. 

Cont- 22/11/2024

Setahun aku terhenti dari menulis entry ni. Aku musykil, tentang apa yang aku rasa ketika menulis itu. Mungkin aku nak ambil sekejap, memperbetulkan fikir dan rasa. Sebab bila kita cerita, kita rasa. 

Kemudian dalam tempoh tu aku disekat daripada berbuat apa apa. Nak hubungi dia, Han tiada. Dia mati rasa. Aku hidup mcm biasa, cuba cari hobi dan isi hari hari dengan aktiviti. Yang boleh buat aku lupa dan benci dia. Berbulan menangis pun untuk apa? Han org yg paling bahagia waktu tu. Hanya sbb dia ada orang baru. Namun, betul ke prasangka aku? Hanya Allah yang tahu. Beberapa malam berlalu aku tak dapat tenang dan lelapkan mata. Tapi makan bulan, aku terbiasa hidup tanpa Han. Aku berani buat semua benda yang aku nak cuba. Aku pergi sana sini, buat itu ini. Yang aku dan Han tak dpt buat. 

Aku ada berkenalan dan berjumpa beberapa lelaki. Tapi daripada seorang yg dah tahu serba serbi kepada lelaki yang kena mula dari semua segi, aku susah. Secara teknikalnya aku kembali menjadi seorang yang tak percayakan lelaki. Aku tak faham macam mana diorg berfikir dan dunia asyik berpihak kepada diorg. Susah nak mula semula dgn lelaki baru, kembali buka hati dan biasa dgn tindak tanduk orang baru. Even sampai sekarang aku masih mencari seseorang yang boleh menjadi support system 

No comments:

Post a Comment