cakar coret .
Wednesday, 6 December 2023
My First Love and Broken
Tuesday, 31 May 2022
After Years
After years. Now i'm reopening my blog page HAHAHAHAHHA biar aku ketawa puas puas dulu.
Aku tak tahu, berapa ramai yang masih setia dengan page cakar coret yang memang dari dulu lagi sangat membosankan dan kind of.. plain? Guess how old i am now? Kali terakhir aku tulis post kat page ni dah berkurun sangat sampai aku pun dah tak berapa ingat apa yang cerita pada dunia blog. Masih ada ke remaja yang cari dan baca blog these days? In this new and quite hectic era. Tak mengapa, biar aku sambung menulis apa yang aku lalui sekarang supaya aku boleh baca semula my own writings and stories in the future. Or maybe my generations? I hope so.
Kali terakhir aku tulis blog masa aku di sekolah menengah. Kemudian aku sambung pelajaran ke peringkat asasi dan sekarang aku dah berada di Tahun 2 di salah satu universiti awam. Aku cuba ingat balik momen momen di asasi, apa yang membuatkan aku berhenti menulis? Masa yang padat? masalah yang bercampur-baur? Keadaan yang tidak terkawal? Mungkin tak. Aku perasan, selain jadual yang agak padat bila semakin dewasa, aku juga makin hilang perasaan. Aku jadi semakin kosong sampai aku yang dulunya bijak membahagikan masa antara minat dan belajar, makin kurang berminat untuk buat semua perkara. I cannot recognize my own hobby. It's weird, isn't it? Hobi yang bertukar-tukar itu biasa. Minat banyak perkara dalam satu masa juga biasa. Kekal meminati sesuatu perkara dalam satu masa tu bagus. Tapi aku? Hilang hobi sejak asasi lagi. Dulu aku seorang yang cukup extrovert sampai semua orang pandang aku macam orang yang bijak berkata-kata dan sosial padahal.. if they know. aku semakin develop introvert character sejak mula pkp atau lockdown pada 2020. dan tahun 2021 adalah tahun yang agak 'sakit' buat aku. mungkin apa yang aku alami dulu baru bagi kesan pada hidup aku yang sekarang atau, aku pun tak pasti. aku ingat lagi, masa tengah tercungap-cungap belajar asasi supaya aku terpilih untuk masuk bidang ni dulu, aku juga agak struggle dengan masalah keluarga dan friendship yang aku kira sekarang ni selesai hanya sebab masa. bukan usaha. masa tu aku self-diagnosed aku ada anxiety daripada encik google pada era-era masyarakat yang masih taboo dengan mental health- sedangkan dah beberapa antara yang aku kenal penghidap masalah mental
aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca random yang singgah di blog aku, tak kira waktu. dan masih beri page cakar coret berumah di sudut kecil hati korang- mana tahu related dgn apa yang aku sedang lalui. arigatou!
Wednesday, 1 June 2016
ini dulu punya cerita
*scroll*
mata aku bergerak ke atas dan ke bawah. khusyuk menatap gambar si jejaka. takdelah jejaka mana. sekadar lelaki 15 tahun-sebaya. dia ni crush lama aku. alah crush main main. lagipun aku bukan jenis psiko nak dia tak kisah apa cara. lek, masih awal untuk aku buat keputusan. tapi...
andai Tuhan itu beri aku peluang untuk memilih. beri aku satu peluang untuk tentukan siapa jodoh aku nanti, akan aku pilih dia untuk menjadi pendamping hidup ini. alah le <jiwang pule> ehh seriousli, aku kenan betul dengan dia. bak kata orang tua tua, asal ada rupa, harta, agama, cukup le. eh yeke?
tapi kenapa aku kata dia crush lama? okay hear me. sekarang aku dah tak berharap kat dia dah. sebab aku tahu mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku. mana tahu ada yang lagi baik akan datang. but bila fikir balik sebenarnya aku yang tak layak untuk dia.
*pegang cermin* siapalah aku ni nak bandingkan dengan dia. dia dahle hot, kaya, pandai, hafiz pulak tu. ya Allah kecilnya hambaMu ini. dia tu...... sebenarnya. aku sangat jeles dengan dia. bagi aku hidup dia lengkap. sempurna, perfect. gila cool ah. alahaii.. boleh menangis aku bila fikirkan. hidup dia sangat beruntung. ha ni aku nak bagitahu. dia tu.. tak kenal aku pun. hahaha sadlife tho :') but tu yang aku nak. hampir setahun setengah gak ah aku stalk dia. eh lek lek aku tak psiko. ini baru nama crush. janganlah takut nak baca entry ni sebab ingat aku psiko ke hape. tak, jangan risau, kawan kawan. aku masih waras. disebabkan aku waras lah aku ambil masa untuk move on. sampai bila nak berharap dengan benda yang takkan jadi? mustahil aku akan jumpa dia di dunia sebenar apatah lagi untuk dia kenal aku. tahap untuk mencapai reality tu sangat tipis. jadi daripada aku buang masa lebih baik aku move on dengan mencari crush lain. hahhah gurau je :3
aku pun fokus pada study. bukan nak kata selama ni aku tak fokus tapi kureng ah. semenjak crush dah ghaib aku semakin bersemangat nak capai kejayaan. ecewah. *mata bersinar* ibu, ayah, aku janji akan berusaha untuk jadi ustazah yang macam ayah ngan ibu nak. <mohon jangan gelak> ya, aku pun tak tahu apa yang ada pada ustazah sampai diorang nak aku jadi ustazah.
dulu aku tanya bapak aku nak aku jadi apa nanti, dia kata nak tengok aku jadi doktor. <common, cliche, setiap bapak nak> then bila aku tanya ibu aku, dia kata nak tengok aku jadi cikgu. pulak dah.. ayah ke ibu? after that diorang sepakat nak tengok aku jadi ustazah. huhu memang tak boleh tidur malam aku fikirkan hasrat diorang.
takpelah ayah ibu, tak kisahlah ayah ngan ibu nak tengok aku jadi apa. yang pasti satu je cita cita yang aku nak kejar sampai mampus.
'kahwin dengan crush?'
ehh bukanlah! crush dalam life aku memang banyak menimbun. yelah, fitrah en jatuh cinta en. ler. hahahah aku dah move on sebab aku nampak macam mana hidup aku. selama ni aku asyik pandang hidup orang lain yang mewah sampai tak bersyukur dengan apa yang aku ada. asyik lihat canggihnya kerusi orang lain sampai tak perasan kerusi aku sendiri. kini aku dah buka mata aku, tanak cemburu dengan life orang lain lagi. aku ada life aku.
*senyum depan cermin* apa yang aku yakin, tu yang akan berlaku. sebab separuh daripada takdir ada dalam genggaman kita sendiri. dengan syarat kita kena usaha buka genggaman tangan dan bebaskan impian itu terbang menjadi realiti yang takkan dapat dipunahkan.
'em. so?'
so what? cerita aku dah habis.
'kau tak cakap lagi. cita cita apa yang satu tu?'
oh yang itu. cukuplah aku jadi anak yang berguna.. kalau dapat bawak ayah ngan ibu pergi syurga pun dah okay. hehe bye, assalamualaikum.
'ek eleh, tu je cerita dia? takdelah gempak mana'
hey. gempak tak gempak ini cerita aku. ehem apa yang kita yakin, itu yang akan berlaku.
'dah jom blah. malas aku layan minah ni'
-tamat-
Saturday, 2 April 2016
fardhu kifayah bukan dunia semata, woi
bohong la kalau kata student tak pernah terfikir lagu ni.
'watpa belajaq? bukan amalkan pun.'
'aku nak dok tahpiz. at least belajaq untuk akhirat'
kalau alim sikit they'll say
'ini semua dunia! jangan fokus sangat exam sebab mana tahu esok mati'
yeah, tak kata apa yang hang cakap tu salah but belajaq fardhu kifayah tak semestinya dunia.
Sunday, 17 January 2016
hidup kami sama
Friday, 8 January 2016
imtihan
selalunya orang macam kita-pelajar akan sedar yang kita tengah menuntut ilmu bila tiba masa peperiksaan besar. such as pt3 and spm. ye aku tahu tak semua tapi majoriti pelajar tak tahu tujuan mereka ke sekolah hampir setiap hari. bila mana ada pelajar yang datang sekolah sebab nak bercinta. perlukan kasih sayang katanya. dan juga cerita pelajar yang datang ke sekolah untuk jumpa kawan. itu penghibur lagaknya. paling klise pergi sekolah sebab mak suruh. kalau tak pergi nanti mak sedih,cikgu marah, bapak tibai.
biar aku cerita kau satu perkara. ada satu hari aku duty jual buku. buku buku sekolah untuk tahun depan. dan cikgu suruh aku jaga kaunter Form 1. kaunter yang perlukan komunikasi yang baik dan kesabaran yang tinggi. kaunter yang cukup busy. rasa nak lari tapi takde orang boleh gantikan aku. dalam keterpaksaan aku duty, aku cuba ikhlaskan hati. berbagai ragam anak dan mak kat kaunter tu. haih aku layankan je. sampailah ada seorang makcik yang aku tak tanya apa apa lagi dia dah kata "makcik beli semua yang perlu kat sekolah ni" dalam hati aku dah kata kaya gila makcik ni sebab aku tahu semua yang 'perlu' kat sekolah ni banyak gila. sampailah aku tunjuk jumlah bayaran semua barang. adalah cecah 500 lebih. aku tengok muka makcik tu macam nak tanak bayar. ya Allah, demi anak makcik tu hulur jugak 600 kat aku. dalam hati aku dah harap budak tu banggakan mak bapak dia dengan kejayaan kat sekolah ni. ada jugak makcik yang kata "makcik pergi sekolah saikhad tudung labuh labuh, kat sekolah ni biasa je ek. sini macam telok mas" aku pandang muka makcik tu. ada riak sedih. kemudian dia cerita kat aku yang dia nak anak dia sekolah saikhad tapi anak dia tanak. kenapa? makcik tu pun tak tahu.
kembali kepada topik ujian. point yang aku nak sampaikan sebenarnya nak bahas balik sentence macam
1. tiap kali nak periksa baru nak struggle and belajar betul betul.
2. tiap kali nak periksa jadi baik, qiam, baca quran and solat dhuha. then lepas periksa dah tak buat semua tu
3. kau tengoklah tu. tahun periksa perangai macam malaikat lepas periksa jadi dajjal balik.
erm mula mula aku setuju dengan ayat ayat tu. aku jugak pernah berfikiran tipikal macam tu.
bila tiba waktu periksa baru cari Tuhan ni sebenarnya dia sedar yang dia masih perlukan Tuhan. tahu tak orang macam ni masih fikir yang Tuhan boleh bagi segala yang dia nak dan ubah takdir hidup dia. dengan apa? doa. sebenarnya doa tu tak cukup untuk peroleh apa yang dia nak. then dia buat solat sunat, usaha lebih sikit than before, puasa isnin khamis and berbuat baik pada semua orang. kita kalau nak dapat apa yang kita nak, buat apa yang Tuhan nak dulu. dan cuba istiqamah. Allah rindu kita. dan Allah jumpakan kita dengan satu waktu dimana kita betul betul perlukan sesuatu. macam keling tapi itulah hakikatnya. Allah bagi kita peluang untuk dekat dengan Dia. dan ayat ayat yang orang selalu kata tu tak lebih dari hasad dengki melainkan kau tak cuba untuk istiqamah atau jadi lebih baik dari hari ini. kalau lepas exam dia gagal istiqamah, tolong jangan hina dia. selagi dia hidup selagi tu Allah bagi dia masa untuk beramal. dan sesiapa yang masih hidup dia masih ada peluang ke syurga. kenapa kita perlu sibuk dengan amalan orang lain sedangkan amalan kita tak langsung dipertimbangkan? bagi aku orang yang masih ingat Tuhan waktu susah is better than person who don't remember God even they are in trouble.
konsep dia sama macam orang yang fikir 'bulan ramadhan je baca quran and qiam'. sebab kita dah set dalam mind yang Allah gandakan pahala waktu tu. kita ambillah peluang untuk rebut semua peluang yang Dia bagi. mungkin sebab kita tahu yang pahala kita bulan biasa tak banyak dan ini peluang untuk kita bina pahala tinggi tinggi. ini tak, dahle amalan bulan biasa pun tak banyak lastu tiba bulan Ramadhan tanak rebut peluang yang Allah bagi.
aku pergi kepada niat. untuk ayat 'dia puasa sunat sebab nak exam bukan sebab Allah'
okay. semua orang tahu yang amalan takkan diterima kalau tersalah niat betul? niat ada banyak macam ujub, riak, takbur and so on. kalau tak faham maksud dia boleh tanya pakcik google. yang pasti ada satu niat yang paling baik-ikhlas.
bohonglah kalau kau kata yang kau belajar LANGSUNG takde niat nak berjaya. maknanya kau belajar memang lillahi. kau belajar sebab fardhu kifayah. ya, betul. semua orang kena letak tu sebagai niat no. 1 dalam dada. tapi kau kena letak niat nak berjaya no.2. atau lebih tepat impian. tak kisah le kau nak berjaya untuk banggakan mak bapak ke guru ke pakwe ke yang penting kaulah orang paling bahagia bila dah berjaya. kau pergi tanya doctor pakar, accountent, buisnessman, yang dah berjaya sana, atau tanya je apak kau kat rumah tu 'suka tak kerja yang ayah tengah buat sekarang?' suka tak suka itulah yang diorang usahakan dan kerja sungguh sungguh semata mata nak tengok kau berjaya. satu je aku mintak, banggakan diorang. orang yang belajar ilmu wahyu or al quran or kitab ni pun kalau berjaya dia bukan je dah banggakan diri sendiri, tapi orang sekeliling dia. jeles woi. paling jeles dengan orang yang lepas berjaya akhirat such as hafiz 30 juzuk then selak selak buku sikit dah straight A's spm. life goals nak mampus.
aku u-turn kepada topik ikhlas. bila kau buat satu perkara yang baik, akan terdetik 3 sebab kenapa kau buat benda tu. kecuali....kecuali kau tak sengaja buat such as kau mabuk, mengigau or kena rasuk. ada ke? entah.
1. sebab kau betul betul nak buat. contohnya tolong orang buta lintas jalan. kau tolong sebab kau kesian kat dia. atau kau takut dia kena langgar. atau kau takut dia terjatuh kat longkang.
2. kerana Tuhan. kau sentiasa ingat yang Allah pandang kau jadi kau buat sebab malu dengan Tuhan kalau kau tak tolong orang tu. atau kau sedar yang Allah uji kau dengan tunjukkan kau orang buta tu. Dia nak tengok kau tolong dia ke buat tak endah je.
3. sebab kau nakkan ganjaran. selalunya pahala dan syurga. mungkin itu matlamat hidup kau. jadi itu yang kau kejar kat dunia ni. kau tahu bila kau tolong orang, kau dapat tingkatkan pahala. dan kau ketagihkan keredhaan Tuhan. jangan risau, pahala kau selamat disimpan sebab Allah ni Maha Pemurah. memang Allah nak kita beramal dengan mengharapkan pahala.
sebaik sebaik amalan ialah no. 1. kau tak mengharapkan apa apa LANGSUNG selain orang buta tu selamat.
aku pernah kata kat someone ni
"akak sekolah aku perangai macam dajjal pun 10A pt3 hari tu. oh lupa gred turun"
then dia kata
"kau pernah dengar tak perkataan istijdad. entah macam mana eja aku tak sure. yang pasti makna dia....."
tak sempat dia nak sambung aku dah kata yang aku tahu. nikmat yang Allah bagi untuk melekakan kita. dia kata baik gagal daripada dapat nikmat tu. sekurang kurangnya gagal ialah satu semangat untuk kita buat lebih baik pada masa akan datang.
kalau berjaya pun, akhlak tak guna buat apa. yang pasti kau kena ingat kejayaan kau ialah berkat doa mak apak. jangan dah berjaya nanti kau lupakan diorang pulak. so, goodluck.
p/s: aku mintak maap sangat sangat sebab ceramah guna 'kau'. sebab sepatutnya 'kita'. yang salah bukan sahaja kau, aku pun. yang lupa pun bukan kau, aku. jadi maafkan aku.
Thursday, 31 December 2015
Aku yang baru
ah aku dah malas, penat.
selama ni aku rasa macam aku tak jadi diri aku.
aku cuba untuk jadi orang lain.
seorang yang memberi inspirasi,
seorang yang menyerlah, tampil dengan puisi ciptaan sendiri,
atau puisi yang cuba kisahkan cerita diri.
entahlah.
sampai bila aku macam ni
aku nak minta bagi aku ruang,
tapi takut duduk sorang sorang.
takut kisah hitam,
serang aku dikala malam,
atau waktu aku cuba lari,
tapi makin menhampiri,
makin dia datang mendekati.
kadang, aku takut juga si dia,
kisah hitam yang buat aku pitam,
buat aku rasa macam tanak jadi diri aku,
sebab tu aku suka jadi orang lain,
rasa macam aku yang baru
dan bukan aku yang dulu.
walaupun bila Allah sayang aku,
Allah hantar seorang yang mengubah haluan hidup,
seorang yang memberi semangat,
dan seorang lagi yang setia di sisi,
mereka..
sentiasa ada.
kalau aku tetap macam ni,
sedih sana sedih sini,
fikir begitu begini,
sampai bila? kamonlah.
masa sudah tiba,
untuk aku jadi diri aku,
dan bangkit dengan semangat baru.
takpe, Allah ada .